Penglibatan nasional Jabatan_Mineral_dan_Geosains_Malaysia

Pembangunan sumber air tanah

JMG merupakan jabatan kerajaan yang mempelopori aktiviti penggerudian air tanah dan pembinaan telaga tiub untuk kegunaan masyarakat setempat selain pemantauan dan pemodelan sumber air tanah.

Eksplorasi sumber mineral

JMG mempunyai kepakaran dan telah melaksanakan eksplorasi mineral berlogam dan bukan logam di kawasan tanah milik kerajaan sebagai usaha mengenal pasti, menentukan potensi dan menilai rizab mineral. Antara mineral yang dieksplorasi ialah bijih timah, bijih besi, emas, batu kapur, dolomit dan felspar yang kemudian dinilai sebagai komoditi utama negara.

Pembangunan geopark

JMG diberi peranan utama oleh kerajaan menerusi NRE untuk menilai dan membangunkan kawasan-kawasan yang dirancang sebagai geopark kebangsaan, iaitu Geopark Jerai, Geopark Lembah Kinta, Geopark Mersing, Geopark Tasik Kenyir, Geopark Delta Sarawak dan Geopark Gunung Kinabalu. Usaha ini merangkumi kerjasama erat dengan penyelidik tempatan, masyarakat setempat dan kerajaan negeri.

Pengurusan geobencana

JMG juga mempunyai kepakaran dalam mengenalpasti dan mengawal pembangunan agar tidak terpengaruh dengan geobencana seperti lubang benam, zon sesar aktif dan gempa, runtuhan tebing dan lereng bukit dan sebagainya. Usaha ini melibatkan kajian lapangan, pemodelan kawasan pembangunan dan ulasan teknikal kepada perancang bandar dan desa serta kerajaan negeri.

Geologi Am
Bidang-bidang Geosains
Organisasi Berkaitan Geosains
Akta Berkaitan Geosains
Universiti Yang Menawarkan Bidang Geosains
Kementerian Persekutuan
Jabatan Kerajaan Persekutuan